Proses permohonan boleh dilakukan secara atas talian atau bersemuka, bergantung kepada keselesaan dan jarak anda. Sekiranya anda memilih untuk urusan secara atas talian, pegawai perhubungan kami akan menghubungi anda melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan.
Sekiranya anda mempunyai keraguan atau kemusykilan mengenai status pegawai perhubungan kami, boleh terus hubungi talian pejabat kami untuk mendapatkan pengesahan lanjut sebelum meneruskan urusan menggunakan Aplikasi WhatsApp.